Tuesday, October 20, 2009

Hari Malaysia diisytihar cuti umum


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September akan disambut secara tahunan dan cuti umum untuk seluruh negara bermula tahun depan.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini, pembentukan Malaysia sebagai negara merdeka dan negara berdaulat adalah peristiwa penting dalam sejarah negara.

"Oleh itu, negara akan meraikan cuti Hari Kebangsaan berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos akan mengingatkan kita mengenai perjuangan untuk kemerdekaan dari genggaman penjajah."

"Sementara Hari Malaysia merupakan keraian yang akan dipenuhi dengan aktiviti untuk memperkukuhkan perpaduan, memahami penduduk berbilang kaum, serta pencapaian rakyat Malaysia di dalam sukan, sosio-budaya, kebudayaan dan sebagainya bagi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia," katanya.

Petikan Mymetro 191009

p/s:Sebenarnya nak habaq pasni setiap kali besday aku hari cuti..yeay..
So no reason yer cik husband utk lupa hari 'bersejarah' ni..hehe
Dah update..






No comments:

Post a Comment