Friday, October 30, 2009

kije baru

kawan2..saya akan bekerja semula..setat isnin depan..
rasa bedebar2 plak nk tgok environment baru...
dah lama dok umah ni leh ke aku keje...
hehe..pasti boleh..caiyok2...
mudah2an semuanya baik2 aja...
nanti aku cite first day nye story k..

Wednesday, October 28, 2009

Ingatan Utk Semua..

Saya terbaca 1 email di mailbox saya..sekadar berkongsi utk semua sebagai peringatan kepada diri sendiri dan sahabat2 diluar sana..InsyaAllah..Amin.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan
anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya member kemewahan
sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.. kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

############ ######### ######### ######### ######### ######### ######### ########

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;


"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

p/s:lihatlah betapa beratnya tanggugjwb seorg lelaki utk menjadi anak, suami dan bapa kepada keluarganya,
sebagai seorg anak,isteri dan ibu sama2lah kita membantu agar anak2,suami dan bapa kite dpt bersama2 masuk ke syurga.Ingatlah dosa yang kita lakukan suami akan mendapat sahamnye..sian mereka..bersama2lah kita menjadi lebih baik dari semalam..InsyaAllah..

Monday, October 26, 2009

kenduri kendara


Sabtu lepas, cik husben keje..so aku dok menganga kt umah je.
Nasib baik adik2 aku dtg..adala program sket.Biasa kalo diorg
dtg kalu xplan g memana mulala  program  masak-memasak....
Wat roti jala ngan serawa durian, kek coklat basah dan mcm2.

Hari Ahad plak aku g umah kwn seUitm masa kt Johor dulu....
Umah dia kt seremban..Seri Sendayan. Dia wat cukur  jambul
anak kedua  dia Nurkalisya.Ni  kira  best   buddy   kt  u  dulu.
Xamek gambar plak sebab adik Elly pinjam kamera,hs   plak
cap ayam brand. Tp ada aku letak gambar diaa kt entry aritu
yang bergambo bwh pokok tu..


Nilah dia Norzaedah n anaknye Nurkalisya...suka nama tu.

Tuesday, October 20, 2009

Hari Malaysia diisytihar cuti umum


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September akan disambut secara tahunan dan cuti umum untuk seluruh negara bermula tahun depan.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini, pembentukan Malaysia sebagai negara merdeka dan negara berdaulat adalah peristiwa penting dalam sejarah negara.

"Oleh itu, negara akan meraikan cuti Hari Kebangsaan berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos akan mengingatkan kita mengenai perjuangan untuk kemerdekaan dari genggaman penjajah."

"Sementara Hari Malaysia merupakan keraian yang akan dipenuhi dengan aktiviti untuk memperkukuhkan perpaduan, memahami penduduk berbilang kaum, serta pencapaian rakyat Malaysia di dalam sukan, sosio-budaya, kebudayaan dan sebagainya bagi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia," katanya.

Petikan Mymetro 191009

p/s:Sebenarnya nak habaq pasni setiap kali besday aku hari cuti..yeay..
So no reason yer cik husband utk lupa hari 'bersejarah' ni..hehe
Dah update..






Wednesday, October 14, 2009

Last Weekend

ni nak citer aktiviti sepanjang sabtu dan ahad lepas..
Sabtu 10/10/09
Kami p Melaka,bawak ayah(bapa mertuaku) ziarah kubur
kekandanya(arwah anjang) kt Duyong.Aku xpasti nama
sebenar tempat tu tp semua taman n jalan kat situ ada
perkataan ikan duyong.Kt kubur xla amek gambar mcm
xwajar je.Kubur tu dekat ngan perigi Hang Tuah so singgah sat..



    Inilah perigi Hang Tuah

   Ni kat umah Melaka..nak masuk sorang singgit..

    naik kapal

    naik cruise..

Ahad 11/10/09
Kami p majlis perkahwinan kawan aku masa kt Uitm segamat dulu,
namanya Norafiza bt Mohd Rafiai aka Fiza dan suaminya aku xtau
nama.yang pasti suaminya seorang polis..Majlis berlangsung kt
Kuala Selangor..


   Gambar ngan pengantin n kwn seUiTM n setaman..
   Nazliah bersama cik sedara


   Ni kawan seUitm gak..Zaedah namanya with her second
  daughter Nurkalisya..baru abis pantang minah ni..jumpa
   kt bawah pokok tepi jalan sebab dia lambat, aku dh blik dr kenduri..


   Petang g anta ayah kt airport subang nk blik ke Alor Star..
   sempat g bergambar..

Mlm tu g open house umah jiran lama kt subang n umah
kwn Cik Suami kt Shah Alam.Itu sahaja sekian time kasih.

Tuesday, October 6, 2009

Bicycle Nayli

Hari weekend lepas,aku blik kg en.suami kt alor star..
Dah 2 mggu raya baru nk blik..hehe..sebab plannya
xblik raya ni,tp raya aji nnti,sbb taun ni giliran raya kt sini..

Tp dapat call dr ayah ckp mak ngah (adik beradik ayah)
sakit..jd kami pun betolakla jumaat pg..kami sampai dlm
kul 1,sempatla en.suami g solat Jumaat..

Ptg tu..kt laman umah ayah..si Nayli ni cuba membuktikan
sesuatu kt tok wan dia.Dia beria2 nk naik bicycle Pak Su dia
 yang besar tu.(gambar xamek plak..)Aku xlayan..dia tarik kusi
panjat sendiri nk naik bicycle tu..terpaksalah aku pegang n layan dier..
beria-ialah dia menggayakan bicycle tu walau kaki xsampai, nk pegang
hanndle pun dah macam mat rempit naik motor baring..perangai2..
padahal kt kg aku ada je bicycle paman(pakcik dlm bahasa  jawa)
dia..xpenah plak dia nk wat aksi begitu..

Tiba2 tok wan nayli pun berkata..'Nayli nk bicycle yer...
nanti tok wan beli ye.."kata ayah.Wah! bodek rupanya si Nayli ni..
pandai..pandai..ceh anak sapalani..Dan pagi ahad sebelum betolak ayah
 mengotakan  janjinya...


bicycle baru nayli warna pink ag..pandai tok wan pilih..huhu


Nayli naik gerek...



Gerek baru Nayli n yang lama..(kiri tok wan bagi,tgh pkcik n mkck
aku merangkap atok nenek nayli bagi masa beday Nayli setaun n
yang girrafe tu papa nayli beli masa nayli lum setaun agi..excited lebih..hehe)

p/s:bestnye jd budak kecik banyak dapat hadiah..huhu


Thursday, October 1, 2009

Nayli & Tabungnyer

Ok,ni nak tunjuk tabung botol susu Nayli.Dah lama dah tabung ni ada,
seingat aku start taun lepas.Tapi taun ni best sikit sebab dia dah pandai
dan sangat excited masuk duit dalam tabung dia sendiri..

Selalunya kalau ada duit syiling balance, aku akan bagi kat dia suruh
masuk kt tabung..dia akan merengek2 nak ag kalu duit tu dah abis..hehe
Raya taun ni pun banyak gakla duit raya dia campur yg dah ada sebelum
ni.Tapi aku lum kira ag..tunggu abis Syawal nnti baru kira n masuk kt
akaun Yippe dia yg lg banyak duit dr akaun mama dia..huhu..

Okla..ni beberapa aksi Nayli n tabung nya..



Nayli & tabung botol susu nyer..


masuk duit dalam tabung..(lakonan semula duit pun korek balik dari tabung..hehe)



adoyai..merengek nak masuk duit ag...

p/s:moral of the story sile galakkan anak anda menabung..bukan korek tabung yer..hehee